Assallammualaikum. Selamat pagi Khamis. Bila dah Khamis mula la macam malas-malas nak kerja. Ehhh.. mana boleh macam tu. Kerja tu kan ibadah. Nak ke tak nak kena la ihklas kan. Pesanan untuk diri sendiri jugak. Hehe..
Ohhh ye.. Sebenarnya nak tulis pasal 'Hadiah' dari Allah. Saya rasa, setiap orang kat atas muka bumi ni tak terlepas dari ujian Allah. Ujian Allah tanda Allah sayangkan kita. Tanda Allah nak kita dekat dengan DIA. Saya sendiri pun sedang melalui ujian yang Allah kirimkan.
Ye, saya tahu bukan mudah untuk kita terima sesuatu ujian, nak hadapi dengan akal yang waras. Sampaikan satu tahap kita rasa "kenapa aku dapaT ujian macam ni?". Tak mo, tak mo. Jangan fikir macam tu.
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. " (Al-Baqarah: 286)
Patut kah kita pertikai kan kenapa Allah beri kita ujian ni? Siapa kita untuk pertikaikan apa yang Allah beri pada kita. Kita sebagai hamba kena redha dan terima dengan ikhlas.
Kalau kita belum dikurniakan anak walaupun dah bertahun kita tunggu, kita renung sejenak, kita fikir balik dan lihat kehidupan kita sekarang. 'Bersediakah aku untuk ada anak?'
Kalau kita kecewa dengan seseorang yang kita dah beri sepenuh harapan untuk jadi teman hidup kita, tapi tak kesampaian. Jangan la sampai nak bunuh diri. Bukan ade faedah pun. Renung balik, sesuaikah dia dengan kita dan masa depan kita?
Jadi jangan la mudah melatah, Jangan mudah putus asa. Berbanggalah kita sebab Allah menegur kita. Berbanggalah kita Allah masih sayangkan kita.
Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan kasih sayang-Mu yang tak pernah berkurang.
No comments:
Post a Comment