Hari ni dah masuk bulan oktober. Bulan ni birthday saya..ehhh... Bulan ni bulan istimewa untuk saya...Sempena bulan istimewa ni saya nak share pasal "KAYAP". Bulan lepas ada salah sorang ahli kelurga saya terkena penyakit kayap ni...
Mula-mula ingatkan sebab gatal-gatal atau elergik, tapi dia kata tak gatal tapi sakit dan rasa panas je kat tempat yang terkena kayap tu..Kena kat bahagian leher.
Masuk hari kedua terus keluar gelembung-gelembung macam ada air..Banyak pulak tu.. Setompok-setompok kat leher. Terus pergi hospital nak dapatkan confirmation dari doktor. Lepas doktor cek, baru la dia cakap kayap. Macam biasalah dapat ubat sapu dan anti virus.
Bahayakah penyakit kayap ni? Bahaya kalau dibiar kan dan jangan ambil mudah.
Mari baca APA ITU KAYAP..
Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:
- Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan.
- Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid), pesakit kanser dan yang pernah lalui rawatan kanser seperti kimoterapi.
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut.
Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.
Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.
Simtom-simptom dijangkiti kayap:
Hari pertama tanda kayap mula keluar (15/9/2015) |
Hari kedua mula dah keluar gelembung air. Sakit dan panas rasanya (16/9/2015) |
Bile start dah keluar gelembung tu memang dia tak selera makan..Badan rasa lemah sangat dia cakap. Alhamdulillah dia tak demam.
Simtom-simptom dijangkiti kayap:
- berasa nak demam
- tekak rasa loya
- pening berpanjangan
- badan dijangkiti ruam panas
- badan rasa sengal
- hilang selera makan
- pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
- pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
- kulit juga akan rasa gatal2
- kulit rasa geli2
- kulit terasa panas seperti terbakar
- timbul ruam2 panas
Jenis2 penyakit kayap:
- Kayap Ular
- Kayap melukut
- Kayap jagung
- Kayap api2
- Kayap setompok
- Kayap selendar
- Kayap harimau
- Kayap bersambung
Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
Bermula dari hari start tahu kena kayap tu terus cari alternatif untuk elak virus kayap terus merebak. Sapu ubat hospital tapi tak jalan jugak malah tambah banyak dan merebak gelembung kayap tu. Ada jugak guna cara tradisional. Orang kata kena sembur dari 'janda yang kahwin dengan orang bujang'. Ada jugak cuba cara tu selama 3 hari. Nampak tak ada beza..Gelembung pun makin besar. Risau tengok dia,
1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan /
kecutkan kayap tu dan seterusnya menyembuhkan
penyakit kayap tu
2) Sapu dengan BEDAK SEJUK PENAWAR BENANG SILA.
3) Sapu dengan ubatan berasaskan alor vera
4) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka
ke bahagian kulit terkena kayap tu
5) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau
ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur . sapukan
dibahagian kulit terkena kayap.
6) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil
daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat
dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.
7) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan
bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu.
8) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima ,
Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas
di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan
bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal
atau tempekkan pada tempat kayap tu .
9) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu,
ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.
10) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur
dicampur dengan kembang semangkuk.
Saya juga cuba dengan supplement Shaklee iaitu Garlic Complex dan Vivix. Tujuannya untuk membantu meningkatkan antibodi pesakit untuk melawan penyakit tersebut.
MANFAAT DAN KHASIAT GARLIC COMPLEX
- Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol normal.
- Menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
- Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
- Formulasi Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin.
- Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary.
- Melegakan batuk dan selesema.
- Membantu peredaran darah yang baik.
- Menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol.
- Meningkatkan sistem imun.
- Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak.
- Menormalkan keseimbangan lipoprotein.
- Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang.
- Berfungsi sebagai anti-oksidan.
- Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi.
- Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air.
- Bantu rawat asthma
Kayap juga menyerang saraf manusia. Ia juga boleh menyebabkan lumpuh jika penyakit tersebut jika tidak dirawat. Saya risau jika berlaku kerosakan saraf jadi saya mengambil alternatif untuk bagi dia minum Vivix.
MANFAAT DAN KHASIAT VIVIX
- Memanjangkan tempoh hayat sel.
- Memperbaiki sel-sel yang hampir musnah. Dalam bahasa pasarnya, sel yg pendek dipanjangkan semula.
- Menguatkan sel-sel supaya tidak mudah musnah (Perlindungan Selular)
- Mempertingkatkan fungsi sel
Bagaimanakah Vivix berfungsi?
- Membantu melindungi dan membaiki DNA sel positif kesan pengawal selia genetik
- Menggalakkan biogenesis mitokondria
- Melambatkan pembentukan UMUR (Advanced produk End glycation) protein
- Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular
- Menyokong kesihatan otak
- Menyokong fungsi imun
- Menyokong kesihatan sendi
- Menggalakkan sel panjang umur (sel pun ada hidup ada mati tau)
- Menggalakkan kesihatan yang baik dan kesejahteraan hidup
- Sebagai Bekalan antioksidan; melawan radikal bebas
- Meningkatkan tenaga sel
Saya juga mencuba campuran Alfalfa Complex dan bedak sejuk sebagai alternatif sapuan kat tempat yang terkena kayap tu. Alhamdulillah esok nya mula nampak perubahan pada gelembung kayap tu. Nampak dah kurang merah dah. Masa tu masuk hari keempat. Vivix dan Garlic Complex tetap makan jugak.
Kat bawah ni saya sertakan gambar perubahan kepada pesakit kayap.
22/9/2015 |
27/9/2015 |
29/9/2015 |
Alhamdulillah...
Sepanjang rawatan tu tak pernah berhenti berdoa sambil cuba macam-macam alternatif selagi boleh. Kayap boleh jadi bahaya kalau tak rawat awal.
Jika ada sapa-sapa yang terkena penyakit ni, boleh cuba contoh rawatan yang saya ceritakan tadi. Untuk mendapatkan sebarang produk dari Shaklee anda bole terus hubungi saya ya,..
love ya!
Rafeatul 013-7847470
FB : Rafeatul Koris
Like FB Page : myvitpleasure
Follow Instagram : myvitpleasure
No comments:
Post a Comment