BCOMPLEX DAN URIN KUNING

Sy pernah ditanya oleh seorang customer sy yang baru pertama kali makan BComplex Shaklee...Soalan pertama yg keluar?

KAK, KENAPA URIN SY KUNING SANGAT LEPAS MAKAN BCOMPLEX NI??
Jangan risau, sy pon mase mula-mula makan BComplex ni pelik bile tengok warna urin kuning sangat..macam water color dah gamaknya..haha..ok tipu..
Sebenarnya warna kuning pd urin selepas pengambilan BComplex tu adalah tanda yg sangat baik yg menunjukkan badan kite bertindak balas dengan vitamin tersebut. BComplex Shaklee tidak disimpan di dalam badan. Kerana sifatnya yang larut air, lebihan vitamin ini akan dibuang daripada badan melalui air kencing. So, x de la berkumpul dalam badan kite hari-hari kan...
Apa yg perlu kite buat kalau keadaan macam ni terjadi? Banyak kan minum air putih.. In Shaa Allah warna urin kembali normal.

Sebab ape yg sy amalkan macam tu..Air x pernah kurang dr 2 liter sehari.
So, nak share sikit info pasal warna urin..

KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


Your Shaklee Distributor,
Rafeatul 0137847470

VITAMIN C DAN KITA

Mengapa badan kite perlu Vitamin C setiap hari?

Badan kite tak menyimpan Vitamin C..ia nya akan hilang setiap hari..berbeza dengan haiwan yg mampu menghasilkan Vitamin c sendiri seperti arnab. Jadi pengambilan makanan yg tinggi kandungan Vitamin C di perlukan untuk keperluan badan sehari-hari.

TANDA-TANDA KETARA KEKURANGAN VITAMIN C :

-Mudah selesma
-Mudah bersin
-Mudah demam
-Kulit menjadi kasar
-Wajah nampak tua sebelum usia
-Mudah Stress
-Mudah dapat ulser
-Anemia
-Luka lambat sembuh
-Lebam-lebam
-Penyakit skurvi
Dan banyak lagi..


SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C DALAM DOS YANG BANYAK?

1. PEROKOK TEGAR
- asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang

2.  INDIVIDU YANG HIDUP DALAM KALANGAN PEROKOK
- kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C.

3. PESAKIT KENCING MANIS
- perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat

4. INDIVIDU YANG ALERGIK/ ASMA
– vitamin c mampu meningkatkan antibody. Selain itu dapat mengurangkan keradangan kulit. Mampu melembabkan kulit kering.

5. INDIVIDU YANG MEMPUNYAI ANTIBODI YANG LEMAH.
– Badan yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bacteria.

6. MENJALANI PEMBEDAHAN
- untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman

7.  MENGALAMI 'STRESS' FIZIKAL ATAU MENTAL
- vitamin C termusnah akibat 'stress'

8.  WARGA TUA
- terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain

9. MENGANDUNG ATAU MENYUSUKAN ANAK
- vitamin C banyak disalurkan kepada anak untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi.

10. MENGAMBIL PIL PERANCANG/ ANTIBIOTIK/ PAINKILLER
- ubatan ini boleh menyerap serta memusnahkan vitamin C.

11. MENGAMBIL ALKOHOL
- alkohol akan memusnahkan Vitamin C.

Kesimpulannya kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari kerana Vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. 
Sekiranya anda memerlukan Vitamin c, pilihan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda ialah

Vitamin C Shaklee. Mengapa Shaklee???

Salah satu ciri-ciri memilih supplemen Vitamin C yang terbaik dan berkualiti adalah Vitamin C itu ada teknologi ' sustained release' atau pelepasan masa. Teknologi ini bertindak melepaskan Vitamin C secara perlahan dan berperingkat ke dalam tubuh pada satu-satu masa. Inilah sebabnya Shaklee menyediakan Vitamin C 500mg.

Keistimewaan Vitamin C yang tidak boleh ditandingi Vitamin C jenama lain di pasaran dengan teknologi Sustained Release.

Vitamin C Plus 500mg Shaklee lengkap dengan teknologi 'sustained release'. Ia bertindak melepaskan 100mg Vitamin C setiap sejam ke dalam tubuh selama 5 jam berterusan. Lapisan demi lapisan Vitamin C diurai dan dilepaskan.

Dan jika Sustained Release Vitamin C Plus 500mg Shaklee ini diambil 2 biji dalam jarak masa 5 jam, ia akan kekal dalam plasma darah selama 24 jam! Tak membazir la setiap dos yang kita makan.. :)


Harga berapa?

RM92.00 je sebotol

180 biji sebotol dan boleh tahan sampai 6 bulan tau.
Jimat..memang jimat.


Hubungi sy untuk keterangan lanjut
Rafeatul 0137847470

PENGENALAN KEPADA SHAKLEE


Kesihatan mempengaruhi sebahagian besar kehidupan kita. Sama ada penampilan luaran, perasaan dalaman dan kejayaan seseorang, semuanya bergantung kepada kesihatan. Shaklee merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No.1 di Amerika Syarikat.

Dalam tahun 1915, Dr.Shaklee telah mencipta antara salah satu multivitamin pertama dan sejak itu Shaklee meneruskan usaha murni tersebut dengan mencipta pelbagai produk kesihatan semulajadi yang lain. Antaranya adalah mencipta pengasingan protein yang pertama seumpamanya, menjadi salah satu peneraju dalam penghasilan minyak ikan dan produk revolusi shaklee iaitu Vivix dan Cinch. Shaklee hanya menggunakan sumber asli terpilih dengan kualiti terbaik, dan sentiasa meneroka dalam pengumpulan penemuan-penemuan kajian sains terbaik dunia untuk memberikan produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Shaklee juga rancak dalam menjaga kesihatan alam sekitar. Shaklee telah mencipta bahan pencuci rumusan biorosot bebas toksik pertama di Amerika Syarikat. Shaklee juga telah menjadi syarikat pertama dunia yang disahkan sebagai Climate Neutral dalam menyekat pengeluaran karbon yang menghasilkan impak sifar pada alam sekitar. Shaklee telah berjaya mencapai sasaran kempen menanam 1juta pokok dengan kerjasama penerima anugerah Nobel Peace 2004, dr.wangari maathai.
Kerana Shaklee percaya apa yang telah diambil dari alam semulajadi untuk manusia, maka perlu kembalikan apa yang telah diambil darinya.

"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudannya kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi"
-Dr. Forrest C. Shaklee 

Ku sudah jatuh cinta dengan Shaklee.

UJIAN, 'HADIAH' KASIH SAYANG DARI ALLAH

Assallammualaikum. Selamat pagi Khamis. Bila dah Khamis mula la macam malas-malas nak kerja. Ehhh.. mana boleh macam tu. Kerja tu kan ibadah. Nak ke tak nak kena la ihklas kan. Pesanan untuk diri sendiri jugak. Hehe..

Ohhh ye.. Sebenarnya nak tulis pasal 'Hadiah' dari Allah. Saya rasa, setiap orang kat atas muka bumi ni tak terlepas dari ujian Allah. Ujian Allah tanda Allah sayangkan kita. Tanda Allah nak kita dekat dengan DIA. Saya sendiri pun sedang melalui ujian yang Allah kirimkan.

Ye, saya tahu bukan mudah untuk kita terima sesuatu ujian, nak hadapi dengan akal yang waras. Sampaikan satu tahap kita rasa "kenapa aku dapaT ujian macam ni?". Tak mo, tak mo. Jangan fikir macam tu. 

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. " (Al-Baqarah: 286)

Patut kah kita pertikai kan kenapa Allah beri kita ujian ni? Siapa kita untuk pertikaikan apa yang Allah beri pada kita. Kita sebagai hamba kena redha dan terima dengan ikhlas.

Kalau kita belum dikurniakan anak walaupun dah bertahun kita tunggu, kita renung sejenak, kita fikir balik dan lihat kehidupan kita sekarang. 'Bersediakah aku untuk ada anak?'

Kalau kita kecewa dengan seseorang yang kita dah beri sepenuh harapan untuk jadi teman hidup kita, tapi tak kesampaian. Jangan la sampai nak bunuh diri. Bukan ade faedah pun. Renung balik, sesuaikah dia dengan kita dan masa depan kita?

Jadi jangan la mudah melatah, Jangan mudah putus asa. Berbanggalah kita sebab Allah menegur kita. Berbanggalah kita Allah masih sayangkan kita. 


Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan kasih sayang-Mu yang tak pernah berkurang.



KHAS BUAT 'TETAMU' BARU SHAKLEE

Setiap bulan Shaklee tak pernah gagal untuk bagi semua ahli-ahli bersemangat. Tiap-tiap bulan mesti ada promosi tak kira la promosi apa sekalipun. Masa tu la semua tak senang duduk sebab tak cukup tangan nak kumpul order sebab masing-masing tak nak lepaskan peluang rebut produk masa promosi. Begitu juga aku. Hehehe...
Tapiiiii... Istimewa untuk pelanggan setia Shaklee, bermula dari bulan May 2015 sampai la ke bulan Oktober 2015 nanti, setiap keahlian yang baru akan dapat sebotol Vitalea Iron Formula (multivitamin kesayangan gue) secara PERCUMA!! Haaaa...ada syarat. Daftar keahlian (RM 69.00) dan buat belian sebarang produk Shaklee ( min 1 produk), dan anda layak dapat sebotol Vitalea percuma je. Siapa nak bagi percuma kan.
Kalau rasa-rasa tak nak lepaskan peluang ni, cepat-cepat cari pengedar Shaklee yang berdekatan kawasan anda. Kalau nak cari sy terus pun boleh je. Sangat di alu-alu kan. :)
Rafeatul 013-7847470
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...